Sunday, May 9, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Tarikh: 16 Mei 2010
Hari: Ahad

Tuesday, April 20, 2010

Gambar copy drp facebook SKNail

Wall yang di hasilkan oleh guru-guru praktikum IPG Sultan Mizan


Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SK Nail. Berhati-hati di jalan raya. Selamat pulang ke kampung. Memandulah dengan berhemah. Bergembiralah menyambut syawal.

Aktiviti selepas cuti raya.

1. Sambutan Aidil fitri peringkat sekolah. Hari Selasa. Pakai baju raya.
2. Sukaneka dan Olahraga
3. Program selepas UPSR
4. Lawatan Staf dan kakitangan
5. Jamuan - Sembelih Lembu Lagi.

Saturday, August 8, 2009

BLOG SK NAIL AKTIF SEMULA

SOKONGAN SEMUA WARGA SK NAIL UNTUK MENYUMBANG BAHAN AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENGAKTIFKAN KEMBALI BLOG SK NAIL.

Saturday, April 14, 2007

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kampung Nail telah dibuka pada 1hb April 2000. Keramaian murid pada masa itu adalah seramai 350 orang murid. Pemilihan murid ke sekolah ini pada masa itu diambil kira daripada segi alamat tempat kediaman yang tetap dan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah. Oleh yang demikian, seramai 200 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan 150 orang murid pula dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II telah dipilih untuk mendaftar di sekolah ini. Guru-guru pula diambil dari kedua-dua sekolah tersebut.

Memandangkan segala kelengkapan dan kemudahan alat pengajaran dan pembelajaran masih kurang pada masa itu maka murid-murid dan guru-guru sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II selama 4 bulan dari tarikh ianya dibuka.

Pada tahun 2001,enrolmen murid telah meningkat daripada 350 orang murid kepada 442 orang murid semuanya.Enrolmen murid bagi tahun-tahun berikutnya adalah lebih kurang setara sehingga pada tahun ini,2007 murid yang berdaftar di sekolah ini adalah seramai 434 orang. Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung tempat sekolah ini dibina iaitu Kampung Nail.
*******************************


MOTO DAN LENCANA SEKOLAH


MOTO SEKOLAH

KREATIF : Berdaya Cipta

INOVATIF : Membawa Pembaharuan

PROGRESIF : Berhaluan Untuk Mencapai Kemajuan



LENCANA SEKOLAH

Bentuk :
Berlian
- Mempunyai nilai yang tinggi
Obor
-Semangat untuk berlumba-lumba bagi mencapai kejayaan
dalam segala aspek berteraskan Pendidikan Negara.
Buku
- Melambangkan tempat terbuka untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Warna :
Biru
- Melambangkan masyarakat setempat yang
harmonis serta bekerjasama.

Kuning
- Melambangkan Perlembagaan dan Rukunegara

Hitam dan Keemasan
- Melambangkan keutuhan dan
kegemilangan sekolah.